
25/4:5.40pm – Aduhai betapa hebat respon-respon yang diterimaku kebelakangan ini…Terlebih dahulu izinkan saya merujuk kepada kenyataan2 pada akhbar hari ini yang berkenaan dgn topik di sini:
DPM Najib “Anwar hanya main politik. Anwar boleh dakwa macam-macam kerana itu adalah sebahagian daripada permainan politik”
Hishammuddin: “Tiga minggu lepas dia kata akan ada perubahan kepimpinan (negara) dalam masa dua minggu. Dua minggu dah pun berlalu, sekarang dia kata akan berlaku bulan September. Bagi saya dia (Anwar) boleh buat macam-macam ramalan dan kalau ramalannya tidak menjadi kenyataan ia akan menjejaskan kredibiti tuan punya badan sendiri.”
Khir Toyo: “Tindakan ‘membeli’ itu berasaskan rasuah. Pilihanraya lain perlu diadakan jika Anwar mahu jadi PM, bukan dengan ‘membeli’ ahli parlimen BN”
Bung Mokhtar: “Anwar gila kuasa. Apa yang dinyatakan kebelakangan ini adalah satu ‘political gimmick’. Dia sedang mencari pelbagai jalan untuk mendapatkan kuasa”.
Ok, now my turn: Sejak semalam selepas permainan badminton di KLGCC, satu sesi perbincangan bebas politik berlangsung bersama David, Kek Ho dan Alan. Pagi ini pula Hj Sul dalam perangainya yg pelik seperti biasa juga dapat memberi sedikit pandangan dan seterusnya sepatah dua semasa makan tengahari bersama Kamen di Subang Jaya. Apa yang kagumkan adalah kesemua rakan-rakan yang bijaksana itu begitu semangat dan mempunyai minat yang sama. Percayalah tiga dari mereka adalah yang berpotensi dgn impian menjadi seorang pemimpin yang berkaliber (dari PGRM, jgn main-main!). Pada hakikatnya kesemua meragui kebenaran Anwar itu tetapi soalnya kenapa beliau mengambil tindakan sebegitu? Apakah motif atau kebaikannnya? Entah pula mungkin ada pengacau yang memberi komen negatif (Pt II) di mana saya terkejut dengan apa yang diluangkan itu. Straight to the point…jikalau apa yang ditegaskan oleh Anwar itu adalah benar, apakah kesimpulannya? Bolehkah beliau terus menjadi PM atau perlukan pilihanraya sepertimana dikatakan Khir Toyo? Adakah DAP dan PAS akan setuju dgn beliau menjadi PM?
Saya tersinggung dgn keyakinannya di akhbar the Star: “If BN say we do not have the numbers, we will prove them wrong. We will see. The surprise will be coming, maybe in August”
Macam-macam tempoh telahpun dimaklumkan oleh Anwar, dari sini adalah jelas sejenis permainan politik sedang dirancangkan, entahlah sukar nak baca orang ini. Semoga tidak akan berlaku kejadian yang tidak diingini di negara kita yang selama ini dianggap aman dan damai.
Recent Comments