Skip to content

Sistem dan Kualiti Pendidikan Adalah Faktor Utama Bukan Sekolah Vernakular

10/01/2015

20150105_084738

Tidak lama lagi keputusan SPM akan diketahui. Begitu juga dengan UEC. Kenyataan segolongan mereka yang masih mengatakan sekolah vernakular atau percubaan untuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah halangan kepada perpaduan negara membuktikan mereka mempunyai mentaliti yang sempit.

Sekali lagi, apa yang dibangkitkan oleh mereka bukan perkara yang baru.

Saya menegaskan kita harus melihat dari segi semua aspek sebelum menuduh bahawa pelajar-pelajar dari sekolah Cina/India di negara ini mengugat perpaduan negara.

Saya bukan membela atau memperjuangkan bangsa Cina atau India di dalam perkara ini tetapi kepentingan rakyat.

Kita harus mengetahui bahawa hak mengenai pendidikan vernakular adalah dijamin di bawah Artikel 12 Perlembagaan Persekutuan. Sama ada sekolah sedemikian menjadi halangan kepada perpaduan atau pembangunan negara, ia merupakan satu perkara subjektif.

Ini adalah kerana tidak ada bukti untuk mengatakan sedemikian mahupun ada bukti mengatakan sekolah kebangsaan akan menjamin perpaduan.

Sekolah vernakular telahpun wujud sebelum kemerdekaan dan tidak pernah menjadi isu halangan perpaduan negara.

UEC adalah diiktirafkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi di UK, Amerika Syarikat, Taiwan, Australia, Singapura, Kanada dan lain-lain negara melainkan di Malaysia.

Sekolah Cina merupakan salah satu pilihan pendidikan walaupun saya tidak nafi bahawa bahasa yang diutamakan adalah Bahasa Cina yang akan menjejaskan keupayaan dalam Bahasa Malaysia.

Walaubagaimanapun jikalau ia merupakan satu halangan perpaduan bagaimana dengan sekolah agama rakyat atau sekolah Kristian?

Adakah apa yang berlaku baru-baru ini oleh segolongan masyarakat yang cuba mengapi-apikan kebencian di antara kaum melibatkan mereka dari sekolah vernakular?

Faktor utama yang mengugat perpaduan adalah antara lain dasar atau polisi negara seperti diskriminasi kemasukan pengajian tinggi di institusi-institusi tempatan, pekerjaaan atau kenaikan pangkat, peruntukan untuk kos rumah rendah, pemberian saham yang mana ia seharusnya terbuka kepada semua rakyat Malaysia mengikut meritokrasi.

Justeru sampai masanya kerajaan persekutuan dan negeri benar-benar mencari satu jalan mengenai sistem dan kualiti persekolahan di negara ini kerana pendidikan di antara generasi muda adalah satu perkara yang amat penting bagi pembangunan negara.

20150109_195142

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: