Skip to content

Perlantikan Lembaga POTA

08/04/2015

POTA-Gerakan-685x320

Lembaga yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dalam Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 tidak boleh tertumpu kepada satu pihak sahaja.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong berkata ahli-ahli di dalam Lembaga Pencegahan Keganasan itu perlu dilantik dari pelbagai pihak kerana POTA tidak memberi kuasa kepada menteri untuk melaksanakannya dan kerajaan memberi jaminan tidak ada campur tangan dengan kuasa politik.

“Gerakan tidak setuju dengan tahanan tanpa bicara khususnya selepas 60 hari. Malah, POTA telah dijelaskan secara terperinci bahawa ia adalah untuk pengganas dan jaminan telah diberikan oleh kerajaan.

“Ia bermakna kuasa menteri sudah tidak ada lagi (terhadap POTA), jadi ahli-ahli di dalam lembaga harus dilantik secara terbuka di mana ia terdiri daripada ahli politik, badan profesional, pihak awam, NGO (badan bukan kerajaan) dan sebagainya,” katanya kepada The Malaysian Times (TMT) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai POTA yang baru sahaja diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam setelah dibahaskan selama lebih dari 12 jam.

Perbahasan mengenai POTA berlarutan sehingga jam 2 pagi kerana ahli-ahli parlimen dari pihak pembangkang menentang sepenuhnya rang undang-undang ini kerana ia dikatakan sama seperti Akta Dalam Negeri 1960 (ISA) yang berjaya dimansuhkan beberapa tahun yang lalu.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,POTA tidak sama dengan ISA kerana kuasa eksekutif menteri akan diambil alih oleh sebuah lembaga yang dilantik Yang di-Pertuan Agong dan pengerusi lembaga berkenaan perlu mempunyai kelayakan undang-undang serta mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang perundangan.

Tahanan 60 hari di bawah ISA pula dibuat oleh polis sedangkan di bawah POTA, tahanan 60 hari dibuat melalui proses mahkamah. Oleh itu hujah yang mengatakan ISA merupakan kembar POTA adalah hujah tidak berasas dan kurang tepat.

Tambahnya lagi, POTA kelak akan menjadi pilihan kepada undang-undang sedia ada yang boleh digunakan oleh pihak berkuasa dalam memastikan tiada individu terlepas daripada sebarang tindakan perundangan sekiranya mereka melibatkan diri dalam kegiatan keganasan.

Wan Junaidi berkata kerajaan akan memastikan rakyat Malaysia akan terus berada dalam keadaan aman dan harmoni tanpa diganggu gugat oleh pihak yang terlibat dalam aktiviti militan berikutan terdapat segelintir rakyat yang sanggup berjuang bersama kumpulan pengganas sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Beliau turut memberi jaminan bahawa rang undang-undang tersebut tidak akan sama sekali disalah guna oleh pihak berkuasa.

Tempoh pelantikan tiap-tiap ahli Lembaga itu selama tiga tahun dan layak dilantik semula bagi tempoh 3 tahun lagi.

Menteri Dalam Negeri akan melantik pegawai siasatan untuk menyiasat dan melaporkan secara bertulis kepada Lembaga tentang suspek dan pegawai polis tidak boleh dilantik sebagai pegawai siasatan.

Lembaga boleh dan jika Lembaga berpuas hati demi kepentingan keselamatan Malaysia, mengeluarkan perintah tahanan supaya individu itu ditahan bagi tempoh tidak melebihi 2 tahun di mana-mana tempat tahanan; atau mengeluarkan perintah sekatan mengarahkan individu itu berada di bawah pengawasan polis bagi tempoh 5  tahun.

Mereka yang ditahan mengikut perintah sekatan, Lembaga boleh mengarahkan tahanan dipasang peranti pengawasan elektronik.

Peruntukan dalam RUU itu menyatakan Lembaga mempunyai kuasa untuk menyambung perintah tahanan, perintah sekatan atau gantung perintah tahanan.

Lembaga boleh melanjutkan perintah tahanan bagi tempoh 2 tahun atau 5 tahun bagi bagi perintah sekatan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: