Skip to content

Pas Hudud: Let’s the Court decide

21/04/2015

20150421_080208

20150421_085009

20150421_080614

KOTA BAHARU, 20 April (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 Mei bagi keputusan berhubung saman pemula difailkan parti Gerakan terhadap kerajaan negeri Kelantan berhubung Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri Shahidani Abdul Aziz manakala Gerakan diwakili peguam Andy Yong.

Shahidani dalam hujahnya berkata Mahkamah Tingggi tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes berkenaan kerana tidak mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan dan ia selaras dengan Perkara 128 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Yong dalam hujahannya berkata Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan dan menambah, pihaknya akan merujuk kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan jika permohonan bantahan awal itu ditolak.

Gerakan pada 18 Mac lepas memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang pindaannya dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada tarikh sama.

Saman pemula itu difailkan oleh tiga anggota parti berkenaan, iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie melalui Tetuan N. S. Leong dan S. T. Low di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai defendan.

Dalam saman pemula tersebut, plaintif memohon pengisytiharan mengikut Artikel 76 dan 76 (A) Perlembagaan Persekutuan bagi perisytiharan bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 adalah batal dan tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, turut dipohon suatu deklarasi bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah, dan bertentangan dengan Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: