Skip to content

It’s a political game….

30/07/2015

FB_IMG_1439254205731

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Gerakan menyifatkan penguguran jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai satu “permainan politik” sehinggakan kepentingan rakyat dan ekonomi di negara ini diketepikan.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong, adalah cukup melampau sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan kuasa sebagai seorang pemimpin untuk mengukuhkan kedudukan dirinya sendiri.

“Perdana Menteri harus sedar bahawa pada zaman kini, rakyat yang memutuskan siapakah pemimpin negara yang sesuai untuk mereka.

“Kuasa seseorang pemimpin tidak kira latar belakang, ada hadnya. Jikalau ia digunakan semata-mata untuk menguatkan kepentingan diri, ia amat melampaui batasan,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Times (TMT).

Beliau berkata demikian merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh Najib pada Selasa bahawa Muhyiddin dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan jawatannya itu kini digantikan oleh Menteri Dalam Negeri selaku Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga merupakan salah seorang Naib Presiden Umno turut digugurkan dari Kabinet.

Bagi Andy, beliau berpandangan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dan juga keuntungan dalam hal ini, maka pihak tersebut mestilah disingkirkan serta-merta.

“Diharap Kabinet baru sedar dan akan utamakan politik ikhlas demi negara dan rakyat. Mereka yang ambil kesempatan untuk ambil keuntungan, haruslah disingkir serta-merta,” tegasnya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: