Skip to content

Kesedaran politik anak muda harus dipupuk

16/08/2017

IMG-20170815-WA0049

forum-Anak-muda-boikot-PRU14-1

KUALA LUMPUR: Majoriti pengundi muda berbangsa Cina dijangka mungkin memboikot pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana mereka tidak percaya mengundi akan membawa sebarang perubahan, seorang pemimpin Gerakan memberitahu sebuah forum malam tadi.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong anak muda Cina pada ketika ini lebih berminat menumpukan kepada soal mencari rezeki.

“Bagi mereka, tidak ada perbezaan sama ada keluar mengundi atau tidak, ia kerana sebarang keputusan memihak Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) tidak akan bawa perubahan,” katanya pada forum “Anak Muda Boikot PRU14?” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Statistik menunjukkan lebih 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi pada PRU depan. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah itu, majoriti adalah golongan muda berusia sekitar bawah 30 tahun.

Andy tidak menolak kemungkinan trend yang berlaku pada pengundi muda berbangsa Cina akan menjangkiti pengundi muda berbangsa Melayu.

Katanya, adalah sukar menarik minat anak muda.

“Sukar pengaruhi anak muda untuk mendaftar mengundi. Sering saya ditanya anak muda, apa yang mereka akan dapat jika mengundi.”

Katanya, masih ada anak muda memiliki idealisme dan mahukan perubahan, “tetapi hanya minoriti”.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: